Ungkapan Undang-Undang Hari Ini: Ignorantia Juris Non Excusat
Ungkapan di atas merupakan salah satu prinsip undang-undang yang terkenal yang bermaksud kejahilan undang-undang bukan suatu justifikasi/pembelaan untuk melanggar undang-undang.
Rasionalnya ialah undang-undang yang telah digubal adalah terpakai kepada semua orang yang berada di dalam bidang kuasanya.
Contohnya, sekiranya anda didenda kerana berniaga nasi lemak di tepi jalan tanpa lesen, anda tidak boleh anda tidak tahu terdapat keperluan undang-undang untuk mendapatkan lesen penjaja.