JIKA ANDA DITANGKAP OLEH PIHAK POLIS, TOLONGLAH KETAHUI HAK-HAK ANDA JIKA DITAHA…


JIKA ANDA DITANGKAP OLEH PIHAK POLIS, TOLONGLAH KETAHUI HAK-HAK ANDA JIKA DITAHAN DAN SEMASA DALAM TAHANAN BAHAWA ANDA BOLEH;

1.​SEKIRANYA ANDA DITAHAN

Anda perlu memberikan maklumat diri seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat tapi anda tidak perlu menjawab soalan lain sebaliknya tanya kepada polis kesilapan yang anda lakukan sehingga boleh ditahan pihak berkuasa. Apa pun anda kena ingat, yang pihak polis mempunyai hak menggunakan kekerasan yang munasabah sekiranya anda melawan.

2.​HUBUNGI KELUARGA ANDA

Jika anda telah ditahan, anda berhak menghubungi orang paling dekat iaitu ibu bapa atau isteri untuk memaklumkan tentang penahanan anda. Jika anda memiliki peguam sendiri, hubungi dan maklum keadaan dan lokasi anda untuk mengesahkan penahanan tersebut kepada peguam anda. Jangan lupa ingat pulak waktu anda ditahan kerana perkara ini boleh dijadikan bukti di mahkamah nanti.

3.​ANDA BOLEH MENDAPATKAN PEGUAM

Anda boleh meminta untuk bercakap bersama peguam anda di balai polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam yang telah dilantik. Untuk pengetahuan anda, peguam anda tiada hak untuk membebaskan anda dari tahanan polis! Walaubagaimanapun, anda perlu tahu bahawa pihak polis bagaimanapun boleh menafikan hak ini (untuk bercakap dengan peguam anda) jika terdapat sebarangan kelengahan dalam menyoalsiasat dan anda boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada orang lain.

4.​ BARANGAN PERIBADI

Pihak Polis hendaklah merekodkan kesemua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan dari tahanan. Anda juga berhak untuk mendapat satu set uniform lengkap semasa dalam tahanan!
5.​ KEBAJIKAN
Anda juga dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan.

6.​PALING PENTING, BERAPA LAMA POLIS BOLEH MENAHAN ANDA?

Untuk pengetahuan anda, pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam, Polis perlu membawa anda ke ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam di hadapan Majistret.

Nanti saya kongsi pula tentang tahanan reman macam mana okay? Tu dah bunyi mcm serious pulak hahaha! Untuk makluman lanjut, anda juga boleh membuat rujukan di laman web majlis peguam ataupun melalui “red book” yang tersedia di mahkamah-mahkamah.

Sekian, terima kasih! Salam minggu syawal terakhir buat semua umat islam.

Athirah Azham
Tetuan Azlan Shah & Partners




Source

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *