“HAK MILIK SEMENTARA? NANTI KENE PULANGKAN SEMULA KE TANAH TU? ADOIIII.”Keluha…


“HAK MILIK SEMENTARA? NANTI KENE PULANGKAN SEMULA KE TANAH TU? ADOIIII.”

Keluhan dan persoalan yang sering di dengar di kalangan golongan emas mahupun yang muda yang baru dapat geran/hakmilik ke atas sesuatu hartanah. Mohon jangan cepat gelabah pleaseee. Jom kami terangkan apa itu Hakmilik Sementara. Ayuh kita mulakan.

Tapi sebelum kita berbicara dengan lebih lanjut berkaitan dengan Hakmilik Sementara ini, kita perlulah tahu macam mana nak kenal pasti geran hakmilik yang ada dalam simpanan anda semua itu ialah berstatus kan Hakmilik Sementara atau bukan.

Cara nak tau hakmilik tu Hakmilik Sementara atau bukan ialah dengan lihat pada bahagian no.pengenalan hartanah tersebut. Jika hartanah tersebut adalah berstatuskan Hakmilik Sementara, maka, akan tertera di bahagian tersebut H.S.(D) atau H.S.(M) dan bukannya Geran atau Pajakan. “H.S” membawa maksud Hakmilik Sementara manakala (D) membawa maksud “Daftar” yang mana hakmilik tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar di Pejabat Tanah Negeri dan (M) pula iala Mukim yang mana hakmilik tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah.

So, sebagai contoh, kalu nak buat carian, kalau hakmilik anda adalah H.S.(D) dan terletak di negeri Selangor, maka, anda perlu buat carian di Pejabat Tanah dan Galian Selangor, dan bukannya Pejabat Tanah Daerah. Tapi kalau hakmilik anda adalah H.S.(M), maka, anda boleh lah buat carian di Pejabat Tanah Daerah mengikut lokasi tanah tersebut.

Ok, pada dasaranya, Hakmilik Sementara ini sama sahaja dengan Hakmilik Tetap seperti yang telah diterangkan pada pos yang lepas yang mana Hakmilik Sementara ini juga mempunyai dua jenis pegangan, iaitu Pegangan Bebas dan Pegangan Pajakan. Kedua-dua pegangan ini mempunyai konsep dan syarat-syarat yang sama dengan Hakmilik Tetap.

Jadi, apa beza Hakmilik Sementatra dengan Hakmilik Tetap? Bezanya adalah, Hakmilik Sementara masih lagi belum dibuat ukuran secara halus bagi saiz tanah tersebut. Setelah saiz tanah tersebut diukur secara halus, barulah Hakmilik Tetap akan dikeluarkan ke atas hartanah tersebut. Terdapat kemungkinan, saiz tanah akan lebih kecil daripada Hakmilik Sementara.

Jadi, kesimpulannya, kalau tanah anda itu berstatus kan Hakmilik Sementara, jangan risau kerana anda juga mempunyai hak yang sama sekiranya tanah itu berstatus kan Hakmilik Tetap. Hakmilik Sementara bukan bermaksud anda hanya memiliki hartanah tersebut sekejap jer, esok lusa nak kena pulang balik. Tidak ya. Jadi, jangan risau ok.
Ok, sampai disini sahaja pos ASP berkaitan dengan jenis hakmilik. Kita jumpa lagi akan datang ok. Semoga bermanfaat!!




Source

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *