APA ITU KANUN TANAH NEGARA ATAU NATIONAL LAND CODE?
Kanun Tanah Negara 1965 (National Land Code 1965) atau dipanggil sebagai KTN atau NLC dikalangan pengamal undang-undang. Hampir semua rakyat Malaysia tahu bahawa, apa-apa urusan yang berkaitan dengan urusan hartanah, khususnya berkaitan dengan jual beli, gadaian dan/atau pajakan (urusan-urusan yang begitu sebati dikalangan rakyat Malaysia amnya) adalah berdasarkan kepada peruntukkan-peruntukkan di dalam KTN. KTN ini telah mula dikuatkuasakan pada 01.01.1966.
Jadi, apa undang-undang yang digunapakai berkaitan dengan urusan hartanah di negara ini sebelum KTN ini diperkenalkan? Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa, sebelum KTN ini diperkenalkan, urusan-urusan berkaitan dengan hartanah ini berkait rapat dengan adat-adat yang telah diperkenalkan sejak zaman sebelum merdeka lagi. Pada zaman pra-kemerdekaan, zaman sebelum Bristish datang menjajah negara kita, urusan-urusan tanah adalah dikawal dan/atau ditadbir dengan mengikut adat istiadat melayu iaitu Adat Perpatih yang dilaksanakan di Negeri Sembilan dan Adat Temenggun yang dilaksanakan di negeri-negeri lain pada ketika itu. Pada zaman ini, pemilikan tanah bukanlah seperti pada zaman sekarang, tetapi lebih kepada konsep, siapa yang mengerjakan tanah itu, maka dialah pemiliknya.
Kemudian, pada abad ke-15, semasa zaman kedatangan islam ke Tanah Melayu, urusan-urusan hartanah pada ketika itu lebih berteraskan kepada ajaran dan kepercayaan Islam. Secara umumnya, kesemua tanah adalah dimiliki oleh Sultan yang mana baginda mempunyai kuasa untuk mengutip cukai, menerima manfaat daripada tanah, menjual dan/atau mengurniakan mana-mana tanah kepada sesiapa sahaja. Rakyat pula dibenarkan untuk mengerjakan dan/atau menduduki mana-mana tanah tertakluk kepada pemberian sebanyak 1/10 daripada hasil tanah kepada Sultan.
Sistem urusan tanah berkonsepkan Melayu Islam ini tidak digunapakai apabila Tanah Melayu dijajah oleh British pada era ke-18. Kita semua tahu, pada zaman ini, Tanah Melayu terbahagi kepada 4 sistem sosio-politik yang berbeza iaitu Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Boneo. Secara ringkasnya, Negeri-Negeri Selat mengamalkan Undang-Undang Inggeris untuk hal-hal berkaitan dengan urusan tanah, manakala bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu, sistem Torren telah diperkenalkan. Bagi Negeri-Negeri Borneo, iaitu Sabah dan Serawak, penguatkuasaan bebera-beberapa ordinan telah diperkenalkan.
Sistem Torren adalah merupakan satu system yang telah diperkenalkan di Tanah Melayu yang mana ianya adalah merupakan satu system yang diketengahkan oleh seorang yang bernama Sir Richard Robert Torren di Australia Selatan. Sistem Torren ini telah diperkanalkan di Tanah Melayu semasa penjajahan British. Sistem ini memperkenalkan kaedah pendaftaran yang mana hakmilik muktamad bagi sesuatu hartanah itu adalah berdasarkan kepada pendaftaran. Dalam erti kata lain, pendaftaran tanah adalah merupakan satu perkara yang menentukan milikan muktamad seseorang ke atas tanah tersebut. Pendaftaran bagi setiap urusan hartanah akan memberikan jaminan keatas hakmilik dan kepentingan seseorang yang mana ianya dipanggil sebagai satu hakmilik yang tidak boleh disangkal.
Dibawah KTN, Divisyen IV menjelaskan bahawa terdapat 4 urusan-urusan utama yang berkaitan dengan kepentingan dan/atau hakmilik inidividu berkaitan dengan tanah iaitu Pindahmilik (Bahagian Empat Belas), Pajakan dan Tenansi (Bahagian Lima Belas), Gadaian dan Lien (Bahagian Enam Belas) dan Esmen (Bahagian Tujuh Belas).
Kami akan terus berkongsi ilmu berkaitan dengan urusan-urusan di atas pada update yang akan datang!