#Tips Perundangan Kontrak/Perjanjian untuk perniagaan-perniagaan di Malaysia.
Sebelum memulakan perniagaan, ataupun sebarang transaksi perniagaan adalah wajar untuk pihak-pihak yang terlibat untuk membuat perjanjian bertulis untuk memastikan hak-hak dan tanggungjawab masing-masing dengan jelas untuk mengelakkan sebarang isu atau pertikaian yang disebabkan oleh salah faham atau salah tafsir mahupun ganti rugi yang boleh dialami oleh pihak-pihak terlibat. Jadi kami kongsikan tips-tips ringkas untuk panduan perniaga-perniaga di luar sana.
1. Membuat “Due Diligence” terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam transaksi perniagaan tersebut. untuk mudah paham, “due diligence bermaksud untuk membuat kaji selidik terlebih dahulu terhadap pihak terlibat supaya pihak yang terlibat adalah pihak yang betul dan mempunyai “legal capacity” untuk memasuki perjanjian yang bakal di buat.
2. Memastikan tujuan Perjanjian yang bakal dimasuki adalah jelas kepada kedua-dua belah pihak.
3. Tempoh Perjanjian, untuk memastikan pihak-pihak dapat melaksanakan tugas dan tanggunjawab masing-masing dalam waktu yang telah di persetujui.
4. Jaminan kepada pihak-pihak yang terlibat.
5. Waranti sekiranya ada atau diperlukan dalam transaksi tersebut.
6. Bayaran dan harga mestilah jelas, bertempoh dan dipersetujui oleh pihak-pihak terlibat.
7. Perkara-perkara yang membatalkan perjanjian dan ganti rugi yang boleh dikenakan kepada pihak-pihak yang melanggar perjanjian tersebut.
Tujuan kepada terma-terma dalam perjanjian adalah untuk memaksimumkan keuntungan dan mengurangkan risko kewangan. Kita semua sedia maklum bahawa tujuan perniagaan adalah untuk membuat keuntungan. Jadi kalau syarikat lain atau pelanggan asyik enggan membuat bayaran seperti yang telah dijanjikan, kan susah nak berniaga tu kan?
Walaubagaimanapun, tips di atas adalah sekadar perkongsian ringkas sahaja dan tidak bermaksud untuk memberi nasihat guaman kepada perniaga-perniaga diluar sana. dan kami tidak akan bertanggunjawab sekiranya ada yang menggunakan tips ini tanpa nasihat guaman yang sah.
Semoga lebih ramai perniaga membuat transaksi dengan cara yang betul, mendapatkan keuntungnan maksima dan dengan itu dapat meningkatkan lagi ekonomi Negara Malaysia tercinta.
Semoga bermanfaat.
ASP KL