Pernah dengar HIBAH? Apa itu HIBAH? Ianya adalah berbeza dari WASIAT!Hibah mer…


Pernah dengar HIBAH? Apa itu HIBAH? Ianya adalah berbeza dari WASIAT!

Hibah merupakan pemberian sukarela daripada pemberi kepada penerima yang dibuat atas dasar kasih sayang tanpa mengharap sebarang bentuk balasan. Ia boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang pemberi ingini sama ada waris atau bukan waris.

Untuk pengetahuan anda, semua harta yang sudah dihibah akan terkeluar daripada harta pusaka dan tidak akan diagih kepada waris mengikut hukum faraid.

Semua orang wajar mempelajari hukum faraid dan hibah dengan mendalam secara berguru dan dapatkan nasihat daripada mereka yang bertauliah serta tidak menggunakan perkara ini untuk mencari keuntungan.

Hibah ada dua jenis iaitu:
1.Hibah mutlak
2.Hibah bersyarat (umra dan ruqba)

Di bawah hibah mutlak, ia BERKUATKUASA SERTA MERTA. Sekiranya penukaran hak milik sudah dibuat, ia terus menjadi hak si penerima. Penerima berhak membuat apa saja dengan haknya termasuk menjualnya. Jika kita lihat dari sudut faraid pula, sekiranya penerima meninggal dunia, ia terus menjadi harta pusaka penerima.

Hibah bersyarat pula adalah apabila penghibah meletakkan sesuatu syarat sampingan bersama-sama. Seperti syarat yang biasa diletakkan adalah hibah berkuatkuasa sebaik pemberinya meninggal dunia dan sekiranya penerima yang dipilih itu mati dahulu, ia kembali kepada pemberi supaya boleh diberikan kepada penerima baru.

Jadi, ini adalah konsep HIBAH yang paling mudah untuk difahami. Jangan salah faham konsep hibah dan wasiat okay!

Sekian,

Athirah Azham
Messrs Azlan Shah & Partners




Source

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *