KALAU RUMAH DAH HABIS BAYAR NAK BUAT APA? PERGI BANK, AMBIL NOMBOR DAN MINTA GER…


KALAU RUMAH DAH HABIS BAYAR NAK BUAT APA? PERGI BANK, AMBIL NOMBOR DAN MINTA GERAN DEKAT KAUNTER BANK KE?

Kalau kita tengok sekarang dah terlampau banyak sangat projek-projek yang pesat dibangunkan oleh Pemaju Hartanah masa kini. Bak kata orang, kalau tak ada yang lama, tak ada lah yang baru. Dalam rancak-rancak semua orang membeli rumah, pasti ada juga mereka yang sudah mahu habis pun membayar pinjaman rumah mereka. Bila rumah dah habis bayar mestilah kita kena pergi ambil geran asal rumah tersebut di bank kan dah kalau pinjaman rumah kita bayar dekat bank.

Tapi tahukah anda untuk mengambil geran asal rumah anda tak semudah anda ke kaunter di bank dan mohon pegawai bank untuk pulangkan geran asal rumah anda? Untuk menyelesaikan perkara begini, anda perlukan peguam untuk menyelesaikannya. Sekarang kami akan berkongsi bagaimana cara-cara untuk anda menguruskannya!

First of all, urusan ini dipanggil Discharge of Charge ataupun Melepaskan Gadaian. Anda boleh melantik mana-mana Peguam yang anda kenal untuk menguruskan hal ini okay! Bila dah jumpa peguam anda, anda boleh :

1. Menyediakan maklumat-maklumat dan dokumen yang terlibat seperti Salinan IC si pembeli iaitu pemilik dan juga pemilik kedua (jika ada), Sale & Purchase Agreement Hartanah tersebut, Loan Agreement, Salinan Resit pembayaran cukai tanah & pintu untuk tahun TERKINI dan mana-mana dokumen berkaitan yang diminta oleh Peguam anda.

2. Seterusnya, Peguam anda akan menyediakan surat perlantikan dan anda perlu menandatangani surat tersebut dan surat itu akan dihantar kepada bank. Disamping itu juga, Peguam anda akan menghantar surat untuk memohon daripada bank Borang 16N untuk Gadaian, Geran Asal dan lain dokumen yang terlibat untuk diuruskan.

3. Setelah selesai urusan Peguam bersama Bank, Peguam anda akan menghantar dokumen-dokumen berkenaan untuk taksiran di Lembaga Hasil Dalam Negeri! Jika Peguam anda mohon untuk pembayaran cukai, iainya hendaklah dijelaskan terlebih dahulu baru lah proses akan berjalan dengan lancar.

4. Selepas semua diatas dah settle, Peguam anda akan membuat pendaftaran untuk Melepaskan Gadaian di Pejabat Tanah. Kebiasaannya proses ini memakan masa selama 2-minggu ke 1 bulan (maksima).

5. Setelah selesai pemprosesan melepaskan gadaian di Pejabat Tanah, rumah tersebut serta merta adalah hak milik anda KESELURUHANNYA DAN BUKAN LAGI DIGADAI KEPADA BANK! Yayyyyy!

Kebiasaannya kes ini saya uruskan untuk ibu bapa rakan-rakan saya yang pernah membeli rumah/hartanah sekitar tahun 1980-90. Dan bila sudah sampai masanya untuk pinjaman bank mereka tamat tempoh, biasa lah beli rumah kan lama pinjamannya sehingga 30 tahun! Jangan trauma okay jika berhadapan dengan kes seperti geran asal hilang dalam simpanan bank. Pasti ada solusinya nanti. Jika ada apa apa pertanyaan lanjut, please don’t hesitate to ask your lawyers okay!

Sekian.

Athirah Azham
Tetuan Azlan Shah & Partners




Source

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *